Kenali Budaya Malaysia  

Posted by -$H!M@:$H@M!Mi- in

tema: kenali budaya Malaysia
unit 7: hargai warisan budaya Malaysia
dlm unit ni, ada subtopik yg lain. blog ni akan menumpukan terhdp tarian, alat muzik, bahasa dan dialek...
terlebih dahulu, kita cuba selami apakah yang dimaksudkan dgn budaya?maksud budaya mungkin abstrak. tetapi, secara amnya, budaya boleh ditafsirkan sebagai:
  • pemahaman yang dikongsi oleh manusia untuk menyelaraskan sesuatu aktiviti
  • cara hidup dan panduan dalam masyarakat
  • sekatan, peradaban dan kemajuan fikiran
  • boleh diwarisi
kesimpulannya, budaya ialah suatu lmu pengetahuan yang terdiri daripada kepercayaan, kesenian, tatasusila, adat resam dan sebagainya yang telah dipersetujui oleh masyarakat.

Melalui topik Kenali Budaya Malaysia, murid diharapkan dapat:
  • mengenal pasti pelbagai warisan budaya masyarakat Malaysia
  • hidup bersama-sama dalam masyarakat pelbagai kaum
  • mengapresiasi dan berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia

Seperti yang sedia maklum, negara kita terdiri drpd pelbagai kaum dan agama. Setiap kaum mempunyai budaya yang unik dan warisanyan yang tersendiri. Misalnya, terdapat perbezaan antara tarian, muzik, bahasa dan dialek. Walaupun berbeza, semua kaum saling menghormati budaya masing-masing.

This entry was posted on Friday, April 24, 2009 at 1:23 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment